|
ROSMINA BT TAMIN A115493
|
|
ž
Apakah Perisian Komputer? Perisian adalah arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan
prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta
aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.Sekumpulan arahan terperinci
(program komputer) yang dibentuk untuk mengawal dan melaksanakan tugas
atau fungsi tertentu. Fungsi Perisian Komputer 1.Mengurus sumber-sumber komputer Jenis-jenis Perisian Komputer Perisian Sistem Himpunan aturcara yang direka bentuk untuk mengkoordianasikan aktiviti
dan fungsi-fungsi perkakasan dan aturcara menerusi sistem komputer. Kategori Perisian Sistem 1. Aturcara pengurusan sistem (System management programs) 2. Aturcara pembangunan sistem (System development programs) 1.Perisian Utiliti (Utility ) Perisian Utiliti (Utility) Dibentuk untuk membantu perkakasan komputer, sistem operasi dan perisian
aplikasi.Diintegrasikan dengan kebanyakan sistem operasi utama.Antara sistem
yang diintegrasikan adalah seperti penyusun an cakera (disk defragmenters),
pemprofil sistem (system profilers0, pengimbas virus (virus scanners),
encryption pelancar aplikasi (application launchers) Perisian Pemacu Alat (Device Drivers) Perisian yang dapat membenarkan program komputer tahap tinggi untuk
berinteraksi dengan perkakasan komputer.Setiap versi alatan, ia memerlukan
arahan yang spesifik untuk menjalankan alatan tersebut.Antaranya ialah
pemacu pencetak, kad bunyi, adapter video dan kad rangkaian . Perisian Sistem Operasi (Operating Systems) Ia adalah perisian yang menguruskan perkongsian sumber komputer dan
membolehkan pemprogram mengakses sumber tersebut.Ia memproses sistem data
dan input pengguna serta bertindak balas dengan memberi dan menguruskan
tugasan sebagai satu khidmat kepada pengguna dan sistem program.Antara
sistem operasi yang terkenal ialah Linux, Mac OS X, Microsoft Windows dan
Solaris Perisian Pemberi (Server) Satu peralatan yang dibentuk bagi melaksanakan beberapa aplikasi
selalunya untuk menyambungkan dari satu rangkaian.Antara contohnya ialah web
server, emel server dan file server.Antara contoh sistem operasi yang
popular untuk server ialah FreeBSD, Solaris dan Linux. Perisian Sistem Tingkap (Windowing System) Ia merupakan perisian “graphical user interface” (GUI) yang melaksanakan
“window”sebagai “primary methapors”.Bagi pengatucara komputer, program ini
melaksanakan grafik primitif seperti garisan pada skrin, penyediaan yang
berkesan dan pemisahan grafik perkakasan.Perisian ini membenarkankomputer
untik bekerja dengan beberapa program dalam satu masa.Antara contohnya ialah
FBUI, Twin dan GEM. Perisian Aplikasi Perisian aplikasi ialah aturcara yang “specifies” aktiviti pemprosesan
maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan permintaan pengguna. Terbahagi
dua iaitu: Jenis-jenis Perisian Aplikasi 1.Perisian Perniagaan (Business Software) Perisian Perniagaan (Business Software) Perisian ini adalah program yang membantu meningkatkan produktiviti
perniagaan atau mengukur produktiviti mereka.Ia mempunyai liputan yang
meluas terhadap penggunaanny a dalam persekitaran perniagaan.Antara contoh
programnya ialah Digital Dashboard, Reporting software, Data mining dan
Business performance management Perisian Pendidikan (Educational Software) Perisian ini digunakan untuk membantu para pelajar meningkatkan
pencapaian mereka dalam bidang pendidikan. Perisian Perubatan ( Medical Software) Perisian ini berkait rapat dengan perisian kejuruteraan.Banyak peralatan
perubatan yang memantau pesakit dikawal oleh perisian ini.Antara contoh
perisian ini ialah Medical informatics, Expert Systems, dan Medical and
healthcare educational software Perisian Pengkalan Data ( Databases Software) Pengkalan data adalah satu kumpulan data atau rekod yang disimpan di
dalam komputer.Ia membolehkan perisian mengendalikan simpanan data dan
membolehkan seseorag atau program untuk megambil maklumat yang
diingini.Setiap pengkalan data mestilah dirujuk kepada perisian yang
dipanggil “database management system” (DBMS) Perisian Permainan ( Games Software) Ia adalah perisian permainan yang dimainkan menggunakan komputer.Ia
memerlukan perkakasan yang khusus untuk dimainkan seperti unit pemprosesan
grafik.Perisian ini biasanya didapat dalam bentuk DVD atau CD. Perisian ini adalah satu program pembangunan perisian yang digunakan
untuk mencipta, membuang , mengekalkan atau memberi sokongan kepada program
atau aplikasi lain. Jenis-jenis Perisian Pengatucaraan ( Programming Software) 1.Perisian Penyusun (Compilers) Perisian Penyusun (Compilers) Perisian ini memindahkan teks yang ditulis dalam bahasa komputer (source
langguage)ke dalam bahasa komputer yang lain (target langguage). Sebab utama
perisian ini menghendakkan terjemahan kod sumber adalah untuk mencipta satu
program “executable”. Ia biasanya digunakan dalam menterjemah kod sumber
dalam program tahap tinggi. Perisian Rangkaian (Linkers) Ia adalah satu perisian yang boleh mengambil satu atau lebih objek yang
dihasilkan dengan pengompil (compilers) dan menghimpunkannya dalam satu
program pelaksana. Perisian Penghimpun (Assemblers) Bahasa penghimpun adalah bahasa tahap rendah bagi proram komputer. Ia
dilaksanakan sebagai satu simbol yang mewakili angka (numeric machine code)
dan keperluan tetap dalam beberapa bahagian CPU. Banyak penghimpun yang
canggih menawarkan mekanisme tambahan untuk pembangunan program, pengawalan
proses dan bantuan pepijat (aid debugging). Ia selalu digunakan dalam pemacu
alatan ( device drivers), sistem tahap rendah (low-level embedded systems),
dan sistem masa-sebenar ( real-time systems) Perisian Penyunting Teks ( Text editors) Ia adalah sejenis program yang digunakan untuk menyunting fail teks
biasa.Ia biasanya disediakan dengan sistem operasi atau pakej perisian dan
boleh digunakan untuk mengubah fail konfigurasi dan kod bahasa pengatucaraan.
Antara contohnya ialah Microsoft Word, WordPerfect, dan Open Office. Perisian Penterjemah ( Interpreter) Ia adalah perisian yang boleh menjalankan kerja-kerja terjemahan .Ini
boleh dilakukan sama ada dari kod sumber terus, kod wakilan atau membuat
compiler menjadi sebahagian daripada sistem penterjemahan. Antara contohnya
ialah Perl, Python, MATLAB, UCSD Pascal dan Java
|
PENDIDIKAN KHAS
|
|
PERISIAN KOMPUTER
|
|
HOBI
|